Friday, November 7, 2008

Pembunuhan Kalangan Orang Atasan Malaysia

Pembunuhan Kalangan Orang Atasan Ala Malaysia Dec 26, '06 1:52 AM
for everyone

TAG 2262:
Percaya Atau Tidak:
Pembunuhan Kalangan Orang Atasan Ala Malaysia

((‘Believe it or not’: high profile murders Malaysian-style)
Oleh Ibnu Hakeem - Malaysia Today -Laman M@RHAEN



Kita kerap tertekan dengan wayang gambar Hollywood yang menonjolkan orang-orang Dunia Ketiga sebagai si tolol, pasukan polisnya begitu korup, dan para pemimpinnya sebagai perancang yang pandai berkomplot. Rakyatnya pun tidak dibiarkan. Kerana mereka juga kerap dimomokkan sebagai kebudak-budakan tanpa kelakuan yang bertamadun. Fakes Hollywood sememangnya kerap memaparkan realiti tetapi bukankah ada peribahasa yang berkata bahawa kebenaran adalah lebih pelik daripada fiksyen?

Ada satu bidang di mana Malaysia mengatasi imaginasi Hollywood, malahan boleh memalukan penulis skrip Hollywood ialah kes pembunuhan berprofil tinggi yang telah menggegarkan negara ini sepanjang zaman. Tentu ramai yang tidak tahu, mungkin kerana belum dilahirkan lagi ketika itu, akan kisah pembunuhan Samad ‘Gol’ di Kelantan. Pada satu ketika beliau sedang bersyarah di hadapan khalayak ramai. Tiba-tiba muncul seorang pembunuh upahan yang menghayunkan kapak kecil untuk membelah kepala Samad ‘Gol’ dan membunuhnya serta-merta.
.
Kemudian ada kisah seorang Timbalan Menteri Belia, Mokhtar Hashim yang telah dihukum kerana membunuh saingan politiknya dengan cara yang amat ngeri tetapi tidak pernah didedahkan semasa perbicaraan kerana ada kaitan dengan kisah kebal si mangsa. (Untuk menentukan si mangsa yang dikatakan kebal itu betul-betul mati dia terpaksa ditembak melalui lubang duburnya - penterjemah).

Mungkin, kes yang paling hebat ialah kisah Mona Fandy di mana seorang ahli politik yang ghairah mahu kuasa besar telah kecundang kerana tangkal yang dicarinya tidak menjadi. Tangkal itu tidak dapat membantunya melalui ujian menentukan kekebalannya. (Mona Fandy telah mengerat badan Dato’ Mazlan dan menanamnya di Kampung Gong, Raub Pahang – penterjemah).

Apa pun, kisah itu semuanya terlalu jauh dalam lembaran sejarah bangsa dan kalau pun ia mengimbau nostalgia ia mungkin tidak melekat kepada ingatan mereka yang masih hidup ketika itu. Namun, tidak kiralah yang dulu-dulu ataupun yang baru-baru, semuanya mempunyai satu persamaannya -- semuanya mempunyai unsur misteri. Sepanjang siasatan ataupun perbicaraan, banyak persoalan yang hanya tinggal menjadi teka-teki, tidak terjawab hingga ka hari ini, tidak jauh bezanya dengan kisah pembunuhan John Kennedy

Pada November 1988, ada satu pembunuhan kelas atasan yang melibatkan seorang wanita bernama Mustakizah Jaafar. Mengikut laporan akhbar, Mustakizah telah ditetak hingga mati oleh pembunuh yang tidak dikenali. Mustakizah adalah seorang wanita yang cantik dan memiliki satu perniagaan sewa video di Melaka. Kononnya, dia ketika itu sedang mengandungkan hasil perselingkuhannya dengan seorang ternama yang amt rapat dengan pucuk kepimpinan yang mencengkam kuasa.

Sebelas tahun kemudian, semasa berucap melancarkan Manifesto Bersama Pilihan Raya untuk Barisan Alternatif, menjelang Pilihan Raya Umum ke-10 pada November 1999, Lim Kit Siang telah membangkitkan kisah testimoni Anwar Ibrahim semasa perbicaraan beliau.

“Martabat Kerajaan Barisan Nasional telah terancam apabila Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang bersidang pada Jumaat lalu mendengar testimoni mantan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Datuk Sri Anwar Ibrahim. Dengan lantang beliau menuduh bekas rakan sekabinetnya dahulu berkonspirasi untuk menyingkirkan beliau.....Tersebut kisah pembabitan Megat Junid berkonspirsi untuk menjatuhkan beliau yang bermula sejak Anwar bertanya perihal pembabitan Megat dengan pembunuhan seorang wanita bernama Mustakizah dan tabiat Megat suka berjudi selalu di pejabatnya,” kata Kit siang.

Kemudian muncul kes pembunuhan isteri kedua kepada Raja di Hilir Perak, Hasleza Ishak pada 2002. Empat orang lelaki telah ditangkap, dibicarakan dan dihukum penjara kerana membunuh. Seorang adalah pembantu istana, seorang ialah bomoh, sedangkan yang lain adalah seorang nelayan dan tukang kayu. Perbicaraan itu tidak pun menyerlahkan apakah motif pembunuhan, khususnya penglibatan si tukang kayu dan si nelayan. Untuk membunuh isteri muda Raja di Hilir Perak. Memang jelas ada konspirasi untuk membunuh Hasleza dan mereka telah bertindak kerana mengikut arahan. Tetapi, tidak ada seorang pun yang ditangkap dan didakwa kerana menjadi tukang rancang keseluruhan konspirasi itu. Kenapa?

Si pembantu istana dan si bomoh telah pun dibebaskan setelah meringkuk dalam penjara selama tiga tahun setengah. Dua orang lagi yang dahulunya dikenakan hukuman 20 tahun penjara dapat izin mahkamah untuk dikurangkan hukuman kepada 14 tahun sahaja. Selalunya banduan perlu menjalani dua pertiga tempoh hukumannya selepas satu pertiga itu dipotong kerana berkelakuan baik. Jadi mereka mungkin meringkuk di penjara untuk sembilan tahun. Oleh kerana pembunuhan terjadi pada 2002, dua orang pembunuh yang didapati bersalah tadi akan dibebaskan pada 2011, yakni lima tahun dari sekarang.

Selepas itu muncul lagi satu kes pembunuhan membabitkan masyarakat kelas atasan dengan terbunuhnya Norita Shamsudin pada 2003. Seorang yang tidak bersalah, Hanif Basree telah ditangkap dan didakwa kerana membunuh kekasihnya, konon. Sejak daripada mula lagi Haniff kelihatan lebih sebagai orang ngok yang mudah dikelentong. Memang jelas dari awal perbicaraan lagi Haniff akan dibebaskan dari segala tuduhan.

Memang terdapat banyak perkara yang amat ganjil dalam kes itu – antaranya ialah laporan berita TV pada 14 Disember 2003, mengatakan bahawa KPN ketika itu, Datuk Seri Mohd Bakri Omar, telah mentakrifkan kes itu di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA)

***

Norita telah didapati dibunuh di sebuah apartmen yang disewanya di Sri Hartamas di mana mayatnya telah dijumpai oleh rakan sebiliknya. Mengikut testimoni mahkamah, dua orang detektif polis adalah yang mula-mula sekali tiba di tempat kejadian dan dengan serta-merta telah menutup pintu bilik untuk bersendirian dengan mayat Norita lebih dari dua jam. Pasukan penyiasat polis tiba di tempat kejadian hanya selepas itu. Rakan sebilik Norita telah menyatakan di mahkamah bahawa kali pertama dia (bersama seorang rakannya) terjumpa Norita si mati berada dalam keadaan terbaring dengan kaki terkangkang, tetapi sejurus dua orang detektif itu pergi, dia mendapati mayat Norita sudah diikat tangannya di bahagian belakang.

Testimoni yang bercanggahan semacam ini, menunjukkan bahawa tempat kejadian jenayah sudah pun dicemari. Tetapi kenapa? Dua orang detektif itu tidak pernah dipanggil untuk memberikan keterangan di mahkamah. Kenapa agaknya? Apabila Pendakwaraya tidak memanggil dua orang detektif polis itu, Pendakwaraya sebenarnya sengaja melumpuhkan kes tersebut – dengan kata lain, memberi ruang secukupnya untuk memenangkan pihak peguambela.

Mereka telah menjumpai telefon bimbit Norita dan adalah dipercayai beliau memang ada membuat dan menerima panggilan yang melibatkan seorang ternama (VIP) pada malam dia dibunuh. Panggilan telefon itu tentu sekali dapat membuka kunci rahsia mengenai keadaan kematian. Akan tetapi kenapakan Pendakwaraya tidak pernah mengemukakan rekod telefon Norita di mahkamah? Apabila bahan bukti yang amat penting semacam ini sengaja diketepikan, Pendakwaraya sengaja melemahkan kes itu. Itu sebabnya Hanif Basree berjaya keluar bergaya tanpa perlu mempertahankan dirinya.

Sebagai rumusan; seorang insan yang tidak bersalah telah ditangkap, kemudian dibicarakan sebelum dibebaskan. Keadilan telah dilaksanakan, konon. Yang pentingnya kes itu sudah ditutup. Selepas dua minggu, semua orang akan melupakannya untuk terus hidup semacam biasa. Sehinggalah muncul satu lagi pembunuhan melibatkan orang ternama.

Kini pada 2006, sekali lagi kita ada kes pembunuhan melibatkan golongan atasan. Inilah kes Altantuya Shaariibuu, seorang wanita berusia 28 tahun yang telah ditembak mati, kemudiannya dihancurkan jasadnya dengan menggunakan peledak C4. Orang yang araif dengan penggunaan C4 berkata, peledak yang digunakan untuk menghancurkan Altantuya adalah mencukupi untuk merobohkan sebuah bangunan empat tingkat. Di mana dan bagaimana mereka memperolehi peledak C4? Siapakah yang mempunyai kuasa mengeluarkan C4 dalam bungkusan yang besar seperti itu?

Pada mulanya Altantuya telah ditembak untuk membunuhnya. Jelas, dia telah diletupkan untuk melupuskan apa juga kesan mayatnya. Ini bererti bahawa untuk mengebumikan mayatnya dianggap tidak mencukupi untuk menyembunyikan apa yang mahu mereka sorokkan. Itu sebabnya terlalu banyak spekulasi, semacam dalam kes kematian Mustakizah dahulu juga. Altantuya dipercayai telah mengandung ketika dia mati. Menghancurkan jasadnya sudah tentu menyulitkan pencarian DNA janin kandungannya. (Sekali gus menafikan kemungkinan mengesan siapa bapa kandungan itu).

Dua orang anggota UTK , Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar, dan seorang penganalis politik Abdul Razak Baginda yang ternyata rapat dengan Timbalan Perdana Menteri, Najib Tun Razak telah didakwa kerana kematian Altantuya. Ada seorang polis wanita, yang terlibat dalam kes itu gara-gara keretanya digunakan untuk menculik Altantuya, tidak pula dikenakan tuduhan. Kenapa? Polis wanita yang khusus ini dipercayai menjadi eskort ataupun pengawal peribadi kepada seorang ternama di peringkat atasan.

Apabila kes itu dibicarakan pada 14 Disember di Mahkamah Tinggi Shah Alam, Timbalan Pendakwaraya, Salehudin Saidin, telah mencetuskan keraguan lagi apabila beliau mengumumkan bahawa selain tiga orang tertuduh yang membunuh tidak ada orang lain yang terlibat. Bukankah ini satu perkara yang mesti ditentukan oleh Mahkamah? Seandainya Mahkamah mendapati ketiga-tiga yang tertuduh tidak bersalah, tentulah ada orang lain yang menjadi pembunuh. Kalau Mahkamah mendapati ketiga-tiga tertuduh itu bersalah, ia tidak bermakna tidak ada orang lain yang terlibat. Kenapa pula polis wanita itu tidak didakwa setidak-tidaknya kerana bersubahat dengan penculikan Altantuya?

Pengunduran seorang peguambela ternama, Dato Shafee Abdullah sebagai peguambela adalah dianggap pelik. Shafee telah mengumumkan kepada media bahawa Razak Baginda tidak bersalah. Perkara pelik lain dalam kes ini ialah si tertuduh pada mulanya direman di Mahkamah Session Kuala Lumpur sedangkan kesalahan telah dilakukan di Shah Alam. Kemudian, Razak Baginda telah dibebaskan tanpa ikat jamin. Yakni memang ada ikat jamin yang ditetapkan tetapi tidak ada sebarang pembayaran wang telah dibuat. Sekali lagi ini telah ditentukan oleh mahkamah Kuala Lumpur dan bukannya di Shah Alam.

Akan tetapi seperti yang terjadi kepada Hanif Basri dalam kes pembunuhan Norita Shamsudin, media arus perdana yang mudah dipulas telinga, telah menonjolkan Razak Baginda sebagai seorang lelaki yang baik-baik sedangkan Altantuya ditonjolkan sebagai seorang wanita peleseran yang mempunyai sejarah yang diragukan. Sekarang kita tunggulah bagaimana perbicaraan akan dikendalikan. Apakah segala bahan bukti yang penting-penting akan dikemukakan semasa perbicaraan? Apakah saksi yang penting-penting akan dipanggil untuk memberi keterangan di mahkamah? Apakah wujud janin dan apakah identiti ayah si janin itu dapat dikenali? Dan akhir sekali nanti, bolehkah kes itu terhumban ke tepi seperti banyak kes pembunuhan melibatkan orang ternama sebelum ini?

Mungkin juga semacam kes Hanif Basree, Razak Baginda akan didapati tidak bersalah dan bebas keluar daripada kes itu nanti. Apabila menyebut pembantu penjenayah dalam kes pembunuhan semacam itu, setakat ini tidak ada seorang pun yang pernah dijatuhkan hukuman mati. Sebelum kita sedari, para pembunuh Hasleza Ishak akan dibebaskan daripada penjara. Yang amat penting lagi antara semua ini, kes itu akan ‘ditutup’ dan rakyat Malaysia akan beralih pandang kepada perkara lain lagi seperti kes kenaikan harga tol ataupun kemungkinan kenaikan harga minyak pada awal tahun hadapan.

Terjemahan MT-SPAR - 17.12.2006 (suntingan M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com/ reformasi@gmail.com)

Monday, November 3, 2008

Ambiga, Norlaila Othman dan ISA

Ambiga memberi ucapannya dalam persidangan Law Asia ke-21 menyeru kepada Perdama Menteri untuk memansuhkan ISA kerana disifatkan berlaku kejam kepada tahanannya. Bila Teresa Kok, RPK dan pemimpin Hindraf ditahan, mula semua orang-orang bukan Islam ni naik kepala dan menyalak sana-sini menyeru untuk bubarkan ISA. Tetapi kepada tahanan Jemaah Islamiyah yang ditahan tak bising apa apa pun. Tahanan Jemaah Islamiyiah itu yang patut dibebaskan bukannya Teresa Kok, RPK dan pemimpin Hindraf.

Tapi ada pulak seorang penulis tak berkaliber dari Harakah yang menyahut seruan Ambiga dengan mengeluarkan artikel bertajuk 'PM tak takut tuhan'. Sungguh amatur sekali tajuk artikel itu. Nama penulis ini ialah Norlaila Othman. Si Norlaila ni macam mak turut, keldai atau talibarut Ambiga yang baru-baru ini membuat ramai orang Islam marah kerana menganjurkan forum yang menyentuh sensitiviti Islam. Inilah dia orang Melayu yang jadi bodoh sanggup menyokong Ambiga dalam usaha memansuhkan ISA. Dulu ramai orang kena ISA, orang Harakah tak hairan pun? Bila Ambiga, DAP dan Hindraf sibuk untuk memperjuangkan pemansuhan ISA, mulalah Melayu pak dan mak turun dari Pakatan Rakyat ni jadi barua.

Tuesday, October 28, 2008

Liow Tiong Lai


Kenali musuh anda..Liow Tiuong Lai. Ingin menghapuskan ekuiti Melayu dalam syarikat senarai awam. Ni memang musuh orang Melayu yang nak kasi jahanam bangsa. Patut dibunuh ni. Celaka sama MCA. Pakat sama dengan DAP.

Monday, October 27, 2008

Harakah takde modal

Aku pelik bila baca HarakahDaily.Net. Macam talam dua muka. Kutuk Mahathir bukan main tapi petikan dari Chedet disertakan dalam laman web Harakah. Asal Mahathir kutuk pentadbiran Pak Lah, masuk web. Tapi Harakah kutuk Mahathir pun masuk web juga. Ni contoh petikan dari HarakahDaily:

"Saya mendapat banyak laporan berkenaan dengan politik wang dalam Umno. Demikianlah keadaan sehingga Dato' Seri Dr Rais Yatim mencadang secara sinis supaya jawatan-jawatan Majlis Tertinggi ditender. Dato' Seri Shahidan Kassim amat marah dan akan tender sebanyak RM1 untuk Rais. Bila makan cili rasa pedas.







Saya diberi tahu wang banyak digunakan. Dahulu cuma ketua pemuda bahagian sahaja dapat. Ini menyebabkan pemegang jawatan lain dalam pergerakan enggan bekerjasama. Sekarang semua mendapat sogokan dan hasilnya amat memuaskan bagi penyogok.

Ketua-ketua Bahagian dan ahli jawatankuasa juga dijemput ke Kuala Lumpur untuk berjumpa orang tertentu. Mereka di arah supaya mencalonkan orang-orang tertentu untuk Timbalan Presiden, Naib Presiden dan ahli Majlis Tertinggi. Juga pencalonan Ketua Pemuda. Berkesan atau tidak akan kita lihat daripada pencalonan yang dibuat."

Siap cedok dari Chedet.com. lagi.

Tuesday, October 14, 2008

Kisah Hartina murtad.

Kes Hartina Kamarudin heboh diperkatakan sekitar awal tahun 1996 lagi.Bagi mengetahui hal sebenar, pihak majalah Muslimah sempat menemui bapanya,Encik Kamaruddin Abdul Karim,abang sepupunya En Borhan Abd. Aziz dan adiknya Syukur Yazit Kamaruddin yang sudi menceritakan rentetan peristiwa tersebut.

Malangnya ibunya, Puan Kalsom Ghani tidak mahu ditemubual atas sebab peribadi. Berikut adalah penjelasan En. Kamaruddin yang sudah terlalu banyak menempuh dugaan dan ujian dalam memastikan anaknya Hartina dapat dikembalikan kepada Islam.

Hartina dilahirkan pada 15 Mac 1974 di Kampar Perak. Beliau mendapat pendidikan awal pada peringkat rendah dan menengah di Anglo Chinese School A.C.S), Kampar. Hartina merupakan anak kedua daripada empat beradik.Yang pertama meninggal ketika berusia 15 hari , kedua Hartina, ketiga Azliza (17tahun) dan keempat Syukur Yazit (16 tahun). Dari segi kasih sayang, tidak dinafikan Hartina mendapat sepenuh perhatian, mungkin ini salah satu dari kesilapan yang telah kami lakukan.

Perbezaan antara Hartina dan adiknya agak jauh iaitu kira-kira enam tahun. Dia amat manja, maklumlah bagi pasangan seperti kami yang telah merasai kehilangan anak sulung semasa dalam pantang memang menyedihkan.Bayangkan bagaimana perasaan kami setelah kehilangan anak, mendapat penggantinya setahun kemudian.Kehadiran Hartina mengubah hidup kami , kasih kami tertumpah kepadanya ibarat kata pepatah
"bagai menatang minyak yang penuh".

Disebabkan sewaktu itu hanya dia seorang anak kami, segala permintaannya kami penuhi.Setelah tamat sekolah, dia mengikuti kursus komputer diKampar. Tidak lama kemudian dia mendapat pekerjaan di Hock Hua Bank Jalan Klang Lama Kuala Lumpur. Pada tahun 1993 diabertukar ke MayBank, juga terletak di Jalan Klang Lama. Inilah kali pertama kami berjauhan dengannya.Untuk kemudahannya saya telah membelikan sebuah rumah untuknya yang terletak di Sri Sentosa. Dia tinggal bersama rakan-rakannya di rumah itu.Bermula dari situ perhubungan keluarga kami mula renggang kerana kami sudah tinggal berasingan. Walaupun begitu kami sering menziarahinya di Kuala Lumpur.

Segalanya bermula pada 26 Mac 1996. Saya bersama isteri pergi kerumahnya di Kuala Lumpur kerana kebiasaannya pada 15 Mac setiap tahun kami menyambut hari lahirnya. Pada tahun tersebut (1996) dia kata tidak dapat balik kampung. Di sebabkan pada tarikh itu saya ada menerima tempahan sate En.Kamaruddin berniaga sate di Pekan Kampar, Perak), jadi kami tidak dapat pergi ke rumahnya pada tarikh itu. Kami pergi dua minggu selepas itu iaitu pada 26 Mac 1996. Setibanya di rumahnya, kami dapati rumahnya berkunci, telahan saya mungkin dia belum pulang dari kerja.Kebetulan saya memang ada kunci spare, saya membuka pintu dan masuk ke dalam rumah. Lebih kurang jam 6.00 petang. Dia pulang bersama seorang lelaki India.

Dia terkejut melihat kedatangan kami dan saya sendiri terkejut kerana tidak menyangka dia pulang bersama seorang lelaki. Memang sebelum ini ramai yang ingin masuk meminang dan dia menyatakan yang dia telah ada seorang kawan, saya kata kalau ada kawan lebih elok terus datang meminang. Setelah melihat keadaannya, baru terlintas difikiransaya kawan yang dimaksudkan ialah lelaki India tersebut.

Walaupun kami datang setiap bulan,kami tidak dapat menghidu langsung pergerakannya dan dia sendiri menyembunyikannya dari pengetahuan kami. Melihat keadaannya , saya menyoal Hartina "Siapa yang kamu bawa ini?"Baru kami tahu hal sebenarnya, yang lelaki India itulah teman lelakinya. Sebaik saja kami bertanya Rajeswaran (lelaki India tersebut) bila dia ingin memeluk Islam jika benar-benar inginkan Hartina, Hartina terus menunjukkan surat-surat di antaranya surat sumpah bertarikh 1 September 1995 yang mengatakan bahawa dirinya tidak mempraktikkan agama Islam lagi, telah menukar namanya kepada Nivashiny Rajeswaran dan surat pendaftaran perkahwinan mereka bertarikh 24 Mac 1996. Saya mempertikaikan surat sumpah tersebut kerana bagaimana mereka (pihak berkuasa) boleh mengesahkan apa saja kenyataan pemohon tanpa meneliti terlebih dahulu.

Berdasarkan surat sumpah melalui peguamnya yang menyatakan dia tidak mempraktikkan ajaran Islam, ternyata pembohongan semata-mata.Sepanjang zaman tempoh dia tinggal bersama kami dia telah dididik dengan ajaran Islam,sepanjang zaman persekolahannya saya tidak pernah mendengar apa-apa mengenai Hartina tidak mempraktikkan Islam walaupun daripada kawan-kawannya sendiri. Setelah berlaku perkara ini barulah saya tahu rupa-rupanya lelaki India itu bersekolah di sekolah yang sama dengan Hartina dan tinggal di Mambang di Awan,Kampar.Memanglah di sekolah Hartina ramai kawan lelaki tetapi saya tidak pernah mengesyaki apa-apa, maklumlah zaman sekolah memang banyak bergaul dengan rakan lelaki. Kami juga baru tahu si lelaki itu Bekerja di Public Bank di Jalan Kelang Lama. Ini bermakna sudah lama mereka berkawan yang hairannya kami tidak dapat menghidu langsung perhubungan mereka.

Bermakna sepanjang tempoh berulang dari Kuala Lumpur ke Kampar setiap bulan pun kami tak dapat hidu.Sedangkan pada hari Raya Puasa tahun 1996 iaitu pada 21Feb 1996 Hartina balik kampung dan kami sekeluarga bersembahyang bersama-sama. Bermakna ketika itu dia telah berkawan dengan lelaki India itu dan telah menukar nama dan agamanya, bagaimana kami tidak mengetahuinya langsung? Pada hari itu (26 Mac 1996) selepas bertembung dengan mereka pada 6.00petang, kami telah berbincang mengenai kedudukan mereka sehingga 10.30malam.

Keadaan menjadi tegang kerana si lelaki tetap dengan keputusannya untuk tidak menukar agamanya dan mengatakan Hartina telah menjadi isterinya. Dia mula memegang hand-phone sambil mendail nombor.Tidak lama kemudian seorang demi seorang kawan-kawannya tiba di rumah itu. Mereka sudah ramai sedangkan saya hanya bersama isteri. Yang menghairankan saya Hartina ketika itu membisu sahaja. Semasa itu saya yakin Hartina masih Islam tetapi telah dipaksa membuat surat sumpah yang mengatakan dia tidak mempraktikkan lagi agama Islam.Berhubung dengan itu mereka (pihak lelaki) telah menukar namanya dari Hartina kepada Nivashiny Rajeswaran.Dalam peraturan perkahwinan India, seseorang yang masih bernama Islam tidak boleh berkahwin dengan lelaki India.Oleh sebab itu Hartina menukar namanya terlebih dahulu kemudian baru membuat pendaftaran perkahwinan.

Saya yang tidak dapat pergi ke Kuala Lumpur pada 15 Mac1996 untuk menyambut hari jadi Hartina dan telah pergi pada 26 haribulan sedangkan pendaftaran perkahwinan telah dibuat pada 24 Mac1996 ini bermaknasaya telah terlewat dua hari. Bermakna hak Hartina sebagai anak sudah tiada kerana dia telah menjadi isteri orang. Bila orangnya sudah ramai di rumah tersebut,baru lelaki itu berani menunjukkan segala dokumen-dokumennya.Bila ditunjukkan kepada saya, saya terkejut, jantung saya berdegup.Saya sebelum ini memang ada penyakit jantung.Ditambah dengan kejadian hari itu saya benar-benar terkejut.Saya bersama isteri berpandangan sendiri.

Apa yang boleh kami lakukan sedangkan kami hanya berdua sahaja. Saya mencadangkan kepada isteri saya agar kami membuat laporan polis. Kami terus ke balai polis berhampiran iaitu di Petaling Jaya. Laporan itu tidak diterima kerana polis mengatakan yang perkahwinan mereka sah. Yang menyedihkan polis itu juga orang Melayu dan urusan endaftaran perkahwinan dan tukar nama sebelum ini semua dikendalikan oleh orang Melayu. Jadi saya kata, kepada siapa saya dapat mengadu ?.Mereka menyuruh saya membuat laporan ke Jabatan Agama Islam Wilayah(JAWI) mengatakan anak saya telah dilarikan. Jadi pada 27Mac 1996 (sehari selepas itu) saya membuat laporan polis. Selepas membuat laporan polis, saya dan isteri pulang ke rumah, kami tunggu Hartina dan lelaki India itu tetapi mereka tidak pulang kerumah pada malam itu.

Selepas itu saya membuat aduan di pejabat Agama Wilayah Persekutuan tetapi tiada sebarang tindakan yang diambil. Inilah yang mengecewakan saya kerana awal-awal lagi saya telah menemui pegawai Pendaftaran yang bertanggungjawabmenukarkan nama anak saya, saya kata kepadanya "Tuan sepatutnya memaklumkan terlebih dahulu kepada saya sebab di dalam kad pengenalannya tecatat alamat saya, kenapa Tuan tidak memaklumkan kepada saya?"

Dia kata yang pihaknya telahpun memaklumkan kepada Pejabat Agama Islam Wilayah. Bila saya semak di JAWI,pegawai di JAWI berkata mereka tidak menerima apa-apa laporan daripada Jabatan Pendaftaran. Bermakna dalam tempoh yang singkat saya telah berulang-alik kesana kemari tanpa sebarang tindakkan yang diambil ke atas Hartina mahupun lelaki India itu. Selepas kejadian itu mereka langsung tidak pulang ke rumah di Sri Sentosa itu. Saya cuba mencari seorang rakan si lelaki itu yang turut sama berada pada malam 26 Mac itu. Lelaki itu bekerja di Pizza Hut, Subang Jaya.

Saya meminta bantuan polis mencarinya untuk mengetahui di mana Hartina dan teman lelakinya tinggal. Lelaki yang bekerja di Pizza Hut itu mahu bekerjasama dengan polis dan telah menunjukkan tempat tinggal Hartina iaitu di Jalan Kelang Lama. Polis berjaya menangkap mereka.

Keadaan Hartina tetap seperti dahulu, langsung tidak mahu bercakap dengan saya.Ketika itu saya sudah mahu bertindak tetapi apabila memikirkan orang sebelah pihak lelaki India itu ramai, saya membatalkan niat saya.Saya hairan kenapa Hartina langsung tidak mempunyai perasaan lagi pada ibu bapanya. Saya hairan perangainya benar-benar berubah. Jika pada saya dia tidak sayang tidak mengapa tetapi bagaimana dengan ibu yang telah mengandungkannya?

Selepas itu saya telah membawa Hartina ke Pulau Pinang dan tinggal bersama saudara-mara.Sedar-sedar dia telah tiada. Adik saya di Perak telah menelefon saya mengatakan pihak lelaki akan mengadakan majlis makan malam bagi meraikan perkahwinan mereka di sebuah dewan di Perak.Pihak lelaki telah mengedarkan kad jemputan kahwin kepada kaum India.Sebaik sahaja mendapat berita itu, saya terus sahaja bertolak ke Perak.

Setibanya saya di Perak, saya terus membuat aduan kepada Jabatan Agama Islam Perak dengan mengatakan pada 15 hb April 1996 pihak lelaki India itu akan mengadakan majlis makan malam. Pada 14April,kira-kira pukul 12.00 tengah malam, Jabatan Agama Islam Perak membuat serbuan dan berjaya menangkap Hartina dan menahannya di Balai Polis Ipoh.

Keesokannya Hartina dibawa ke Mahkamah Syariah untuk mendapatkan perintah reman selama seminggu. Sebelum sampai tempoh seminggu saya mendapat panggilan telefon dari Jabatan Agama Islam Perak yang mereka ingin menyerahkan Hartina kepada saya.Atas faktor keselamatan saya telah menyerahkan Hartina kepada kawan adik ipar saya yang berada di Kelantan.

Jadi pada 20 April1996 dengan bantuan Jabatan Agama Islam Perak, kami berjaya membawa Hartina ke Kelantan.Kami menetap di sana sehingga 1 Mei 1996. Semasa kami di sana, saya diberitahu bahawa pihak lelaki telah menyaman Jabatan Agama IslamPerak kerana telah memalukan mereka di atas pembatalan majlis perkahwinan mereka.

Pegawai Jabatan Agama Islam Perak meminta kami membuat surat sumpah daripada Hartina .Pada 31 April, kami terus membawa Hartina ke Pejabat Agama Islam Kelantan.Di sana Hartina telah mengaku masih beragama Islam dan kembali mengucap dua kalimah syahadah dihadapan tuan Kadi. Tuan Kadi telah mengeluarkan satu surat pengesahan mengatakan bahawa Hartina telah memeluk agama Islam kembali. Surat itu kami hantar ke Kuala Lumpur.

Bermakna kami telah menang atas tuduhan mencolek Hartina Rupa-rupanya ia tidak berhenti setakat itu.Selepas itu sampai lagi satu surat saman malu daripada si lelaki.Di dalam surat itu mereka menuntut gantirugi sebanyak 30juta daripada KerajaanNegeri Perak, Polis, Majlis Agama Islam Perak dan Jabatan Agama Islam Perak atas dakwaan memalukan mereka pada majlis makan malam meraikan perkahwinan mereka. Ini bermakna mereka tidak berpuas hati dan terus mencari alasan untuk merampas Hartina daripada kami.

Dari Kelantan saya terus kembali ke Pejabat Pendaftaran Petaling Jaya untuk proses penukaran kembali nama kepada Hartina di atas persetujuannya.Setelah segala-galanya selesai, pada 1 Mei 1996 kami sekeluarga telah membawanya ke Pulau Pinang. Di Pulau Pinang keadaan Hartina seperti biasa, dia tetap bergaul dengan saudara mara seperti biasa. Tiba-tiba di sana kami menerima sepucuk lagi surat saman daripada si lelaki mengatakan kami telah menculikisterinya.Saya membawa Hartina ke Mahkamah Pulau Pinang danpeguam
di sana telah mengatakan surat itu adalah afidavit tertuduh jadi kami memerlukan seorang peguam dan satu jawapan bertulis.

Pada 9 Mei 1996 saya bersama anak berjaya mendapat seorang peguam dansaya
menetap di BatuCaves untuk menguruskannya.Tiba-tiba saya mendapat berita dari Pulau Pinang yang mengatakan Hartina telah tiada. Saya terus mengesannya di Pulau Pinang tetapi tidak berjumpa.Kemudian saya terus ke Shah Alam dan bertemu dengan polis yang mengendalikan kesnya. Pegawai polis tersebut mengatakan bahawa dia ada menerima laporan daripada Hartina yang mengatakan dia keluar daripada rumah bapa saudaranya di Pulau Pinang secara sukarela.Saya tidak boleh berbuat apa-apa. Ketika itu tidak dapat dinyatakan bagaimana perasaan saya,bayangkanlah dalam tempoh yang singkat dan badan yang sudah uzur, saya terpaksa melalui segalanya seorang diri.Saya tinggalkan rumah dan perniagaan sayaberbulan-bulan. Saya asyik berulang alik sahaja ke Kelantan,Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Shah Alam.

Walaubagaimana banyak laporan yang saya lakukan,tiada langsung tindakan susulan diambil untuk mengesan Hartina dan lelaki India itu boleh pihak berkuasa. Alasan mereka, mereka tidak tahu di mana anak saya dan lelaki itu berada. Akhirnya saya mengupah seorang kawan saya untuk mengintip mereka.Empat minggu kawan sayamencari,minggu keempat baru jumpa.

Kawan saya itu memerlukan masa yang lama kerana dia menguruskannyaseorang diri,tambahan pula dia bekerja di waktu siang. Menurut rakan saya ini,Hartina dan lelaki India itu menetap di Taman Medan, Jalan Klang Lama. Apabila saya mendapat tahu saya terus ke Balai Polis Shah Alam dan mengadu ke bahagian Penguatkuasa. Saya amat Seterusnya saya ke pejabat Kemajuan Islam (JAKIM), Pusat Islam. Mereka menyuruh saya membuat satu laporan baru. Menerusi laporan yang saya buat, saya Mengatakan yang pihak si lelaki telah menggugat akidah anak saya. Mereka telah menetapkan 5 September 1996 sebagai tarikh untuk menyerbu rumah itu.

Pada 5 Sept 1996 kira-kira jam 11.00 pagi saya bersama seorang pegawai Pusat Islam, dua orang Pegawai Polis dan seorang Penguatkuasa JAIS telah pergi ke rumah tersebut. Kami meminta kebenaran masuk, setelah masuk, kami meminta mereka memberi keterangan diri pula.Bila mendapat keterangan diri,baru saya mendapat tahu Hartina telah menukar kembali namanya kepada nama Hindunya. Pada 31 September 1995 dia menukar namanya kepada nama Hindu buat pertama kali, pada 30 April 1996 saya menukarkan pula nama Hindunya kepada nama Islamnya dan pada 27 Mei 1996 dia menukarkan Namanya kembali kenama Hindu. Bermakna semasa dia keluar dari rumah bapa saudaranya diPulauPinang pada 9 Mei 1996 hanya pada 27 Mei1996 dia menukar kembali namanya ke nama Hindunya. Ini bermakna proses pertukaran nama hanya dalam masa dua minggu sahaja. Sebelum daripada itu saya ada menalipon pegawai pendaftaran yang bertugas di bahagian menukar nama dan memberi ingatan kepadanya agar jika ada percubaan dari pihak Hartina dan teman lelaki Indianya itu ingin menukarkan nama Hartina kembali, cuba lengahkan.Saya sentiasa berhubung dengan pegawai ini tetapi hasilnya tetap mengecewakan. Hal yang saya tidak ingini tetap berlaku.

Bermakna jika proses pertukaran tidak berlaku tentu kami akan menang kes ini. Tindakan Hartina dan teman lelaki Indianya lebih cepat, ini bukan bermakna saya tidak bertindak,saya telah melakukan dengan sedaya upaya saya, tetapi seperti apa yang saya nyatakan awal-awal tadi, saya melakukannya seorang diri dan pihak berwajib tidak memberikan sepenuh kerjasama kepada saya sekeluarga.

Kejadian serbuan 5 September 1996 itu benar-benar mencabar kewibawaan saya. Ketika Pegawai Penguatkuasa itu berkata"Kami tak boleh berbuat apa-apa", saya terus naik ke tingkat atas, dalam masa saya naik, si lelaki membawa Hartina masuk ke bilik dan menguncinya dari dalam.Kemudian lelaki itu berdiri di hadapan pintu sambil mencekak pinggang.Tujuan saya naik ketika itu adalah untuk memujuk Hartina, tetapi lelaki India terlebih dahulu telah membawa Hartina masuk ke dalam bilik. Saya bersuara dengan lembut untuk memujuk lelaki itu supaya memeluk Islam dan selepas itu dia boleh mengambil anak saya sebagai isteri dan saya boleh memberikan rumah saya di Seri Sentosa itu kepada mereka. Itulah perkataan yang saya ulang beberapa kali, tetapi lelaki India itu diam sahaja. Tidak lama kemudian dia bersuara dalam bahasa Tamil dengan perkataan yang sungguh kesat dan kurang bersopan. Katanya: "kalau hendak mengadu, mengadulah, apa kerajaan Malaysia boleh tolong kamu?" Sambil itu dia mengutuk Islam dengan kata-kata yang lucah.Ketika itu saya tahu bukan dia seorang sahaja yang terlibat,tetapi mungkin ada dalang di belakangnya.Ketika dia menghina Islam, saya tidak dapat menahan perasaan, kesabaran saya tercabar. Hati saya benar-benar panas, saya mengeluarkan pisau lipat dari poket seluar dan saya tidak sedar yang pisau itu saya gunakan untuk mengelar lehernya. Saya juga tidak menghiraukan polis yang ada di belakang saya yang ketika itu sedang menghubungi ketuanya untuk mendapatkan kebenaran pecah pintu untuk membawa Hartina kebalai.Polis itu terkejut dan segera menahan darah yang memancut keluar dari leher Rajeswaran dan membawanya turun ke bawah.

Berikutan peristiwa itu saya telah ditahan sehingga 16 Sept 1996 dengan jaminan RM3000.00. Setelah dibebaskan, sepanjang bulan September saya tidak ke mana-mana lagi , hanya duduk di rumah sahaja. Pada 1 Oktober 1996 saya mula berniaga. Kegiatan saya selepas itu hanya berniaga dan duduk di rumah sahaja. Kebetulan pada 1Disember 1996 Hartina dan Rajeswaran datang bersama dengan rombongannya dan minum betul-betul dihadapan tempat saya berniaga.Apa niat sebenar mereka ?.

Saya mula berniaga jam 6.00 petang dan saya ditemani anak bongsu saya Syukur Yazit yang ketika itu berumur 14 tahun.Semasa saya baru mengeluarkan barang perniagaan sate saya, lebih kurang empat atau lima meter dihadapan saya, saya nampak mereka semua sedang minum. Saya meletakkan barangansate saya dan cuba pergi kearahnya (Hartina). Tujuan saya adalah untuk bersembang dan memujuknya sekali lagi.Mana tahu jika hatinya terbuka untuk kembali semula kepada Islam. Seelok sahaja saya sampai, Hartina bangun, seorang demi seorang kawan-kawannya bangun. Saya tahu mereka bersedia untuk menyerang saya, saya berpatah semula ke gerai untuk mengambil parang untuk mempertahankan diri.Tanpa saya sedari di belakang saya orangnya sudah menunggu.Lelaki yang bertubuh besar itu menendang saya dari arah belakang. Saya yang sememangnya ada penyakit jantung dan sakit belakang tidak mampu melawan.Saya jatuh tersungkur.Selepas itu kawan-kawannya yang lain datang meluru ke arah saya, ada yang menendang, memijak, menumbuk dan bermacam-macam lagi mereka buat pada saya.

Ada juga yang melemparkan batu ke arah saya.Akhirnya saya pengsan kerana tiada tenaga untuk melawan. Apabila saya tersedar saya dapati, saya berada di Hospital Kampar. Dari Hospital Kampar saya dihantar ke Hospital Ipoh Semasa di hospital saya nampak ada seorang polis menuju ke arah saya. Saya ingatkan polis mengawal saya, tetapi rupa-rupanya mereka menjaga saya agar tidak melarikan diri kerana saya disabit melakukan jenayah di atas aduan Hartina yang mengatakan saya menyerang mereka.

Saya menyoal polis itu: "Apakah hanya untuk minum petang sanggup datang dari Kuala Lumpur semata-mata untuk minum di situ?" Berdasarkan lapuran polis yang dibuat oleh Hartina itu, keluar saja dari wad saya terus dibawa ke balai dan ditahan didalam lokap selama lapan hari. Bayangkanlah dari wad saya terus ke balai tanpa pulang ke rumah dahulu.

Bila saya masuk lokap, saya lihat Yazit sudah ditahan. Dia dimasukkan dua hari sebelum saya ditahan.Baru saya tahu rupa-rupanya semasa saya diserang, Yazit telah bertindak mngambil parang dan membelasah orang-orang rajeswaran. Itulah kasih anak, dalam usia14 tahun sanggup menggunakan senjata tajam semata-mata untuk mempertahankan bapa.(En.Kamaruddin terhenti seketika sambil menyapu airmata).

Selepas sembilan hari kami dibebaskan dengan jaminan RM2000.00 seorang.Selepas itu saya hanya berehat sahaja dirumah kerana badan saya masih terasa sakitnya. Walaupun saya berehat di rumah,saya terus berhubung dengan peguam saya untuk mendapatkan maklumat mengenai perkembangan Hartina dan rajeswaran.

Setelah empat bulan berehat, saya mendapat surat dari Mahkamah yang telah menetapkan 4 Mei 1998 sebagai tarikh perbicaraan pertama dijalankan. Rajeswaran adalah saksi ketiga.Selepas dua minggu daripada tarikh perbicaraan itu, iaitu pada 20 Mei 1998 pada sebelah pagi, Rajeswaran terkena dua das tembakan.

Maknanya sejak dari Mac 1996 Rajeswaran tidak kena apa-apa tembakan pun, tiba-tiba pada 20 Mei iaitu selepas tarikh perbicaraan dia terkena tembakan. Berdasarkan atas apa yang mereka lapor sebelum ini ada mengatakan jika ada apa-apa terjadi ke atasnya,orang pertama yang disyakki adalah saya. Berikutan dengan itu saya telah tahan sekali lagi di Balai Polis Kampar selama tiga jam pada 20 Mei 1998.Saya diheret bersama Yazit yang turut juga disyaki.

Yang menghairankan ialah Yazit turut dituduh terlibat sedangkan ketika itu usianya baru 16tahun. Jika benar saya melakukan, takanlah budak seusia Yazit yang akan saya babitkan bersama. Kami berdua digari.Polis yang menggari kami juga terkejut melihat saya. Sebenarnya sebelum kejadian itu polis telah berjumpa dengan saya, memberi nasihat agar tidak lagi melakukan kekecohan dan menasihati saya agar melakukan solat hajat dan berdoa.

Saya ikut nasihatnya, tambahan pula saya baru selesai menjalani pembedahan tulang belakang.Takkanlah saya tergamak melakukan perkara merbahaya itu? Tetapi saya tidak berkuasa, saya hanya menurut perintah dan arahan pihak polis. Kami telah disoal,Yazit telah dipaksa mengaku bahawa kami yang merancang kejadian tembakan itu.

Selepas seminggu Yazit dibebaskan, saya masih ditahan selama dua minggu.Segala akuan saya disiasat. Mereka bertanya saya telahmengupah siapa dan berapa yang saya bayar untuk mengupah penjenayah itu.Saya tetap tidak mengaku kerana saya tidak tahu apa-apa. Mereka memukul Yazit dengan tujuan supaya saya mengaku setelah melihat Yazit diseksa dengan teruk.

Akhirnya Yazit terpaksa berbohong dan mengaku ada melakukannya kerana sudah tidak tahan dipukul dengan teruk. Saya katakan kepada polis, apabila keadaan semakin teruk, segala yang benar menjadi palsu dan perkara palsumenjadi benar. Saya tetap tidak mengaku sehingga polis menangguhkan kes saya untuk di bicarakan.

Selepas dua minggu saya di bebaskan,sehingga kini ia masih dalam kes. Itulah serba sedikit kejadian dan rentetan peristiwa yang dialami oleh kami sekeluarga. Bukan tujuan saya untuk membuka aib sendiri,bahkan ianya lebih bertujuan sebagai pengajaran dan panduan kepada oranglain.Apa yang saya harapkan agar tidak ada lagi Hartina kedua selepas kejadian yang menimpa Hartina, anak saya itu.

Sebelum tidur macam-macam perkara yang saya fikirkan. Adakalanya timbul persoalan, kenapa begitu kuat ujian yang saya perlu tempuhi?. Kenapa saya yang melalui segala ini? Apabila teringatkan terjemahan ayat dari surah An'am ayat 125 saya beristighfar. Ayat yang bermaksud. "Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah, akan dibuka pintu hatinya dan sesiapa yang tidak dikehendakki, maka akan disempitkanNya". Apabila sesuatu perkara telah menimpa ke atas kita, kita harus menerimanya sebagai salah satu daripada rukun Iman. Qada dan Qadar dari Allah, itu adalah kehendak Allah. Itulah caranya saya memujuk hati saya.Harapan saya sekarang ialah agar Hartina kembali kepada Islam. Dunia ini luas, duduklah di mana-mana asalkan dalam agama Islam. Tidak perlulah dia kembali kepada kami. Bukan kami tidak memaafkannya, tetapi cukuplah penderitaan dan penyiksaan yang kami lalui atas perbuatannya itu.

"Orang Melayu yang memerintah negara ni tapi orang Melayu miskin juga yang dipinggirkan dan dihina. Apa nak jadi ni. Bersama orang Melayu Islam bersatu-padu dan musnahkan musuh-musuh Islam."

Tuesday, September 23, 2008

Petition azan dan talibarut Islam





"Apa yang menyedihkan lagi adalah, ahli Parlimen PAS bagi Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud telah membuat polis terhadap bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo yang dilaporkan mendakwa ada usaha pihak yang dipercayai didalangi salah sebuah parti yang membentuk kerajaan Selangor, membuat petisyen membantah azan di Puchong..."

Siapa yang jadi talibarut Islam sekarang ni? Jawap la....

Sunday, September 21, 2008

Hindraf merayu pembebasan ISA

Hindraf merayu bagi pembebasan 5 ketua tertingginya daripada ISA. Hindraf telah melakukan kerosakan yang besar yang semasa demonstrasi besar-besaran di Kuala Lumpur. Walaupun demonstasi BERSIH jauh lebih besar namun berlaku tanpa atau sedikit kerosakan. Hindraf juga telah menghina orang Melayu dan Islam. Kenapa nak bebaskan R. Kengadharan, M. Manoharan, V. Ganabatirau, P. Uthayakumar dan K. Vasantha Kumar daripada tahanan ISA sedangkan ramai lagi tahanan seperti Yazid Sufaat, Suhaimi Mokhtar, Mohd Khaider Kadran yang tidak terbukti kesalahan mereka lebih lama merengkok didalam tahanan? Bebas mereka dahulu...lagi 5 tu biar je dalam tu.

Makanan anjing?


Teresa Kok mendakwa dia telah diberikan makanan seperti makanan anjing semasa dia ditahan dibawah akta ISA. Adakah Teresa Kok telah diberikan makanan anjing semasa dalam tahanan polis? Mungkinkah dia tahanan polis pertama yang diberikan makanan anjing di Malaysia? Jawapannya...woof! woof!

Thursday, September 11, 2008

Teresa Kok Kurang Hajar

Ni la dia Teresa Kok yang kurang hajar. Menghina tulisan Jawi. Tulisan asal orang Melayu sebelum dirumikan. Kita orang Melayu susah-susah melawan penjajah Belanda, Portugis, British, Jepun dan komunis, balik-balik depa datang buat kurang hajar kat bumi Tanah Melayu ni. Pasal papan tanda pun nak kecoh. Bodoh punya Teresa Kok!

Sunday, August 17, 2008

Mat Rempit Cemerlang

Jangan memusuhi mereka kerana mereka kebosanan. Balik rumah pun ada apa? Hiburan kurang. Kalau orang lain boleh la start kereta pergi minum kat Bangsar ke, The Curve ke, tengok wayang ke. Masing-masing ada cara nak menghiburkan diri.