Sunday, October 4, 2009

Bagan Pinang - PAS buat salah taknak mengaku

Salah satu kesilapan PAS yang terbesar dalam sejarah partinya yang tak seberapa ialah berganding bahu dengan DAP untuk membentuk satu pakatan parti politik. Ini jauh menyimpang dai matlamat sebenar PAS yang mahu membentuk sebuah negara Islam. Saya memang menyokong parti PAS setelah sekian lama tetapi sedar bahawa ia hanyalah sebuah parti politik semata-mana yang hanya mahukan undi pilihanraya. Bila pakatan rakyat memerintah nanti (saya harap tidak), parti PAS cuma akan menjadi watak tak penting dalam sebuah drama Melayu. Jawatan kabinet yang akan diberi adalah jawatan yang seumpana penjaga muzium dan penganjur kebudayaan.

Memang pelik apabila melihat kelakuan dan gelagat penyokong dan peraih undi parti PAS pada mana-mana penamaan calon semasa pilihanraya kecil. Perangai mereka memang tak ubah seperti kanak-kanak pun ada, samseng pun ada. Siapa yang menjadi ahli parti PAS ini? Orang yang takde kerja? Orang yang baru keluar penjara? Penyamun? Samseng kampung?

Boleh pula mereka menumbuk seseorang seperti ahli majlis tertinggi UMNO, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim semasa penamaan calon pilihanraya kecil Bagan Pinang di Port Dickson baru-baru ini. Boleh pula orang tertinggi PAS, Salehudin Ayub pula berkata itu semua adalah lakonan semata-mata UMNO undi meraih simpati pilihanraya nanti. Orang PAS yang alim pun boleh berkata macam tu? Pelik kan?

Kes kepala lembu dan kes murtad Hartina Kamarudin

Banyak yang telah diperkatakan mengenai kes demonstrasi kepala lembu di pejabat SUK, Shah Alam. Pihak yang telah membawa kepala lembu tersebut cepat-cepat didakwa ke mahkamah supaya nak jaga hati orang-orang Hindu. Tetapi apa yang terjadi kepada bapa Hartina Kamarudin, kerajaan atau mana-mana parti politik takde yang sanggup nak membantu. Anaknya murtad dan tinggal bersama pasangan Hindunya. Bapa Hartina telah dipukul, dimalukan, dibelasah dan didakwa polis semata-mata bapanya hendak mengambil semula anaknya. Takde pula pihak yang mendakwa geng teman lelaki Hartina yang memukul bapa Hartina itu? Takpe pembelaan?

Saturday, October 3, 2009

Harlina Harun - Isteri curang sambut hari jadi dengam lelaki Cina


Seorang pegawai Imigresen wanita yang ditangkap atas dakwaan berkhalwat pada hari lahirnya bersama seorang lelaki berketurunan Cina di sebuah hotel minggu lalu mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan di Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam.

Harlina Harun, 33, yang bertugas di Pejabat Imigresen Sungai Petani, Kedah didakwa di bawah Seksyen 9(2) Enakmen Jenayah Syariah negeri Perlis kerana berkhalwat.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh ditahan pukul 5.30 pagi pada 24 September lalu di Hotel Putra Palace, di sini bersama pasangannya Yeoh Wei Meng, 30, yang bukan muhrim beliau.

Ketua Hakim Syarie, Osman Ibrahim memutuskan ikat jamin sebanyak RM5,000 dikenakan ke atas Harlina selepas dia mengaku tidak bersalah.

Berita terdahulu...

KANGAR: “Hancur hati apabila melihat isteri (Harlin Harun, pegawai imigresen Sungai Petani) terlebih dulu merayakan ulang tahun kelahirannya dengan lelaki lain dalam bilik hotel, sedangkan saya membeli kek kesukaannya dan sejambak bunga untuk diraikan bersama di rumah,” luah seorang suami yang kecewa dengan perbuatan curang isterinya apabila ditangkap khalwat, awal pagi semalam.

Suami berusia 31 tahun dari Sungai Petani, Kedah, itu berkata, dia melihat dengan jelas kecurangan isterinya bersama seorang lelaki bukan Islam ketika pegawai pencegah maksiat Perlis melakukan serbuan di bilik hotel terbabit.

Katanya, kelmarin, genap usia isterinya yang ke-31 tahun dan dia bercadang membuat kejutan untuk meraikan sambutan bersama dengan membeli kek krim buah dan sejambak bunga tanpa pengetahuan isteri.

“Selepas membeli kek dan bunga, saya pulang ke rumah di Sungai Layar, Sungai Petani. Apabila tiba berhampiran pekarangan rumah, saya melihat kelibat isteri masuk dalam sebuah kereta dan memandu seorang diri.

“Disebabkan berasa tidak sedap hati, saya terus mengekori isteri dan rupa-rupanya dia memandu sampai ke sebuah hotel di Kangar,” katanya ketika ditemui di sini.

Wanita terbabit ditahan ketika sedang berdua-duaan dengan seorang lelaki Cina dalam sebuah bilik hotel oleh sepasukan empat anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Perlis (Jaips) jam 5.30 pagi.

Wanita yang bertugas sebagai pegawai imigresen di Sungai Petani itu, sanggup memandu kenderaan sejauh 80 kilometer untuk melakukan maksiat bagi meraikan ulang tahunnya bersama lelaki berusia awal 30-an dari Perlis itu.

Suami terbabit yang bertugas sebagai juruteknik kanan di sebuah kilang di Sungai Petani berkata, dia terserempak dengan anggota Jaips yang melakukan serbuan di bilik hotel terbabit.

“Saya kaku sebentar melihat kelibat isteri bersama lelaki lain dalam bilik hotel itu. Kami mempunyai dua anak perempuan berusia dua dan enam tahun hasil perkongsian hidup sejak lapan tahun lalu,” katanya sambil menunjukkan kek buah bernilai RM35 yang dibelinya untuk isteri kepada petugas media di sini.

Dia berkata, khabar angin yang didengarnya sebelum ini berhubung kecurangan isterinya yang mempunyai empat telefon bimbit ternyata benar.

“Saya mengakui sudah pasrah dengan kejadian itu dan selepas ini, tumpuan saya hanya kepada dua anak perempuan. Saya akan memberi didikan agama sempurna kepada mereka,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jaips, Abdul Malik Hussin, mengesahkan penahanan wanita dari Sungai Petani itu bersama lelaki bukan mahram dalam sebuah bilik hotel, bagaimanapun lelaki berkenaan dibebaskan kerana bukan Islam.

“Hasil maklumat awam, empat anggota Jaips bergegas ke lokasi dan mengetuk pintu bilik hotel sebelum dibuka seorang wanita dan hasil pemeriksaan kami menemui seorang lelaki bukan Islam di atas katil.

“Wanita yang bertugas di sebuah jabatan kerajaan di Sungai Petani memberi alasan kononnya sedang mengadakan perbincangan perniagaan dengan lelaki berkenaan ketika serbuan jam 5.30 pagi,” katanya.

Beliau berkata, wanita terbabit akan dituduh mengikut Seksyen 9 Enakmen Jenayah Dalam Syarak Negeri Perlis dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda RM5,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

“Selepas mengambil keterangan, wanita itu dibebaskan dengan bon jaminan RM2,000 yang dibayar seorang penjamin kira-kira jam 12 tengah hari dan kes akan disebut di Mahkamah Rendah Syariah, Rabu ini,” katanya.

-Berita ini dipetik dari Harian Metro.