Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, akan mengkaji secara teliti kedudukan wakil masyarakat Cina dalam Kabinet Negeri susulan kekalahan teruk Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) yang mewakili kaum itu dalam Barisan Nasional (BN).
Namun ini adalah langkah yang tidak perlu dilakukan kerana kaum cina mencipta niche yang tersendiri dan merasakan mereka tidak perlu bergantung kepada kaum lain di Malaysia. Sudah terlampau banyak manfaat dan peluang yang kerajaan Barisan Nasional berikan kepada mereka namun tidak pula berterima kasih. Lihat saja kedudukan kaum Melayu di Pulau Pinang dimana mereka dipinggirkan secara sistematik sedikit demi sedikit. Kedudukan orang Melayu di Singapura pula hanya membuatkan orang Melayu hanya menumpang sahaja.
Kenapa perlu kita tambahkan kerusi kabinet kapada mereka? Apa faedahnya? Kenapa perlu di beri banyak peluang? Kerajaan Barisan Nasional mampu membentuk kerajaan tanpa sokongan kaum cina. Ini realiti sebenar...
Subscribe to:
Posts (Atom)