Friday, June 17, 2011

Pas tunduk kepada DAP

Sedang UMNO giat memperkasakan orang Melayu dan Islam di rantau tanah Melayu ini, PAS masih tercarik-carik di sisa-sisa celah sampah yang mereput dan berkulat untuk terus melukut ke sana ke mari. Dahulunya gagah melaungkan slogan untuk menegakkan negara Islam tetapi kini tunduk dan takut kepada parti DAP yang peliknya menolak gagasan negara Islam. Setiap kali DAP dan PKR menang pilihanraya kecil (menang pun kerana tabur fitnah), PAS hanya tumpang sorak dan mengaku ianya kejayaan bersama pakatan rakyat. Hakikatnya PAS hanyalah menghirup sisa-sisa teh O kosong yang tumpah dari cawan yand dikongsi bersama PKR dan DAP.

Terlalunya takut PAS kepada DAP, PAS sanggup menukar matlamat parti kepada menegakkan negara berkebajikan. PAS sendiri tiada ilmu untuk membawa haluan negara kepada kekuatan ekonomi dan kewangan strategik, tetapi hanya mampu mengambil sedikit untuk diagihkan kepada orang Melayu miskin padahal, 99% kekayaan negara akan diberi kroni DAP/PKR andaikata pakatan rakyat memerintah.

DAP mempunyai strategi untuk melemahkan kekuatan orang Melayu Islam di Pulau Pinang dengan selambanya menganjurkan pilihanraya masjid yang kelak akan memecahbelahkan orang Islam sendiri. PAS seperti biasa bodoh hanya mampu berdiam diri.