Thursday, March 26, 2009
Khairy Jamaluddin Ketua Pemuda Umno yang baru!
Pelik tetapi benar. Cuma boleh berlaku dalam UMNO sahaja. Semua orang berasa terkejut samada orang di dalam UMNO atai di luar UMNO. Orang DAP pun terkejut juga. Macamana calon bagi pemilihan Ketua Pemuda UMNO yang telah diberi amaran, yang selalu tertinggal di belakang Khir Toyo dan Mukhriz telah memenagi pemilihan Keua Pemuda Umno? Khairy memperolehi 304 undi, Khir 254 undi dan Mukhriz 232 undi. Jika dilihat betul-betul kepada angka ini, secara logiknya Khir akan tetap berada di tengah jika Mukhriz memenangi pemilihan. Tetapi nampaknya undi kepada Mukhriz telah sedikit tertumpah kepada Khairy. Bagaimana Khairy melakukannya? Ternyata ikatan pertalian Khairy dengan ejen rasuah ternyata lemah dan sukar dibuktikan. Namun oleh kerana Khairy ni jenis orang yang bijak, pertalian ini dapat disorokkan dengan mudah walaupun tak sempurna. Tahniah Khairy! Rasuah berhasil.