Wednesday, September 16, 2009

Isu Kepala Lembu

Pembinaan kuil di seksyen 23 Shah Alam memang tidak dialu-alukan. Kita tidak mahu lagi pembinana kuil di Malaysia ini kerana kita nak melebihkan masjid di negara kita ini. Waalupun majoriti penduduk bukan Melayu sekalipun, memang tidak patut dibina kuil di situ. Penduduk India yang menetap di situ berkata mereka bertolak ansur mengenai bunyi azan di tempat itu. Kalau orang Islam nak azan kat Malaysia ini memang tak perlu nak meminta kebenaran daripada sesiapa. Tak payah nak buat kaji selidik ke apa ke kalau nak azan.

PAS and PKR pula memang tak mahu nak berbincang dengan penduduk mengenai pembinaan kuil disitu kerana mereka memang takutkan DAP yang rata-ratanya dikuasai kaum India dan Cina. Undi nak tapi berbakti kepada rakyat taknak pula.

Demonstrasi bantahan pula sampai ke pejabat SUK. Ada kalangan pahlawan-pahlawan Melayu kita yang membawa kepala lembu dan memijak-mijak kepala lembu tersebut sebagai anda bantahan. Perbuatan itu dianggap sebagai menghina agama Hindu. Sudahlah kuil akan dibina berhampiran rumah mereka malahan mereka pula didakwa menghina agama pula. PAS dan PKR yang kebanyakkan berbangsa Melayu pula sanggup berhadapan untuk membawa mereka yang terlibat dibawa ke mahkamah. Satu bangsa pun masih nak sabotaj. Bukan nak tolong. Sanggup bawa bangsa sendiri ke mahkamah demi nak jaga nama baik Hindu. Inikah namanya PAS?

Kita amat berharap pahlawan-pahlawan kita yang menegakkan maruah agama, bangsa dan negara ini akan terselamat dari segala dakwaan dan sabotaj talibarut parti politik yang sememangnya menjahanamkan bangsa Melayu.