Friday, November 20, 2009

Tesco itu Yahudi

Tesco - Tessa Cohen. Itulah sebenarnya Tesco mendapat nama daripada seorang wanita Yahudi yang menjadi isteri kepada Sir Jack Cohen, pengasas sebuah rangkaian pusat membeli-belah barangan dapur dan makanan yang menjadi santapan orang-orang Islam di Malaysia ini. Jack Cohen lahir pada 6 Oktober 1898 dan meninggal dunia pada 24 Mac 1979 dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Yahudi Willesden, London, England. Sudah tentu hasil keuntungan Tesco akan disumbangkan kepada negara haram Yahudi bagi tujuan pembangunan rumah-rumah haram di wilayah Palestin, pembelian mesingun untuk membunuh wanita dan kanak-kanak Palestin, penyelenggaraan jet pejuang F15 bagi memusnahkan terowong yang menghubungkan Mesir dan Palestin supaya bekalan perubatan dan makanan dapat disalurkan kepada rakyat Palestin dan pembelian bom-bom fosforus supaya boleh membakar kanak-kanak Palestin yang sedang bersekolah.

Ada banyak lagi pusat membeli-belah yang menjual makanan dan barang-barang keperluan yang lain tetapi orang Melayu Islam Malaysia tidak mahu membeli barang di kedai melayu kerana mahal sedikit sebanyak 20 sen. Di Tesco, selepas selesai membeli-belah, boleh rehat sebentar dan makan bersama keluarga di KFC, Rasamas (dulu Ayamas) dan Starbucks kalau mampu beli kopi mahal. Keluar duit kat ATM dan habis sebanyak RM100 beli daging, ayam dan kacang panjang tanpa kita ketahui bahawa duit keuntungan tersebut akan digunakan untuk membeli peluru M16 yang akan dibedil ke dalam kepala kanak-kanak Palestin. Bila Israel serang Palestin mulalah kita sibuk nak boikot barangan Amerika dan Israel. Carrefour pun mahu diboikot walhal ia rangkaian membeli-belah oleh negara Perancis. Siti Nurhaliza pun sibuk nak boikot barang Amerika walhal dia ditaja oleh Maybelline. Tesco secara terang-terangan dimiliki oleh orang Yahudi tetapi orang Majlis Perbandaran Kuala Selangor bua mata dan hati kerana duit lalu tersergamlah premis Tesco di bumi Kuala Selangor yang dahulunya dihuni pokok kelapa dan pokok pisang. Apa dah tak cukup kedai ke kat Kuala Selangor?