Bukan setakat harga petrol sahaja. Subsidi bagi petrol RON95 dan diesel dikurangkan sebanyak 5 sen seliter, Gas Cecair Petroleum (LPG) sebanyak 5 sen sekilogram dan gula sebanyak 20 sen sekilogram mulai esok. Berikutan penyelarasan jumlah subsidi itu, harga petrol RON95 kini ialah RM1.90 seliter, diesel RM1.80 seliter, LPG RM1.90 sekilogram dan gula RM2.10 sekilogram.
Rakyat Malaysia diperbodohkan dengan membayar cukai dan belanja tinggi apabila:
1) Membeli kereta (100%)
2) Harga tol yang tinggi dan tumbuh merata tempat
3) Parking mahal di KL dan PJ
4) Denda tak bayar parking MPBJ, MPSJ, MBSA
5) Saman speed trap yang tak munasabah (RM300)
6) Bil air dan letrik
dan macam-macam lagi.
Petroleum sepatutnya disimpan untuk kegunaan rakyat dan bukannya Petronas untuk membuang duit sewenang-wenangnya ke mereta dunia seperti contoh menaja pasukan F1 dan Team Foggy Petronas yang motornya entah kemana.
Nak nak mampus kalah pilihanraya pun UMNO tak sedar-sedar lagi...