Friday, February 5, 2010
Nik Aziz mahu PAS berbincang dengan UMNO
Nik Aziz berputar-belit lagi sekali dengan mengeluarkan kenyataan bahawa beliau ingin PAS bincang2 sama itu UMNO. Mungkin beliau tahu betapa busuknya hati DAP terhadap Melayu Islam atau Melayu atau Islam. Mungkin beliau dah nampaknya betapa kejinya pendirian DAP di hati masyarakat Melayu. Mungkin beliau sedar yang selama ini PAS hanya bermimpi di alam fantasi maya bahawa rakyat mengundi Pakatan Rakyat kerana titik tolak perubahan. UMNO patut berunding dengan PAS selapas Nik Aziz keluar dari PAS itu sendiri. Kontroversi Nik Aziz semakin lama semakin bertambah dan ini amat memeningkan kepalanya.