Sunday, January 31, 2010
Kes bakar surau di Muar - siapa orangnya?
Beberapa orang telah ditahan reman selapas disyaki membakar dua buah surau di Muar. Namun tidak pula polis mengeluarkan kenyataan tentang siapa yang membakar surau-surau tersebut. Apabila orang Melayu yang membakar gereja, cepat-cepat pula media mencetak nama-nama, pekerjaan dan umur masing-masing. Begitu juga kes seorang pelajar yang mempamerkan status Facebook yang hanya bergurau tentang upah membakar gereja. Sekejap sahaja pihak berita mencetak nama beliau di suratkhabar dan mengedarkan ke seluruh negara. Inilah nasib Melayu di Tanah Melayu. Kaum lain semakin besar kepala, kita pula yang banyak tolak-ansur.