Sudah masanya Tony Blair akan menerima hukuman apabila dia akan disoalsiasat kelak berikutan membawa Britain ke medan peperangan ke Iraq semata-mata untuk menumbangkan Saddam. Tony Blair yang sememangnya memperoleh untung lumayan setiap kali membuat ucapan dengan harga sebanyak 10000 pound bagi satu minit dan tidak ketinggalan Malaysia juga memjemput dia untuk membuat ucapan. Agak sememangnya bodoh Malaysia sewaktu dibawah pemerintahan Pak Lah sanggup mennjemput Tony Blair untuk membuat ucapan di UM. Selepas meninggalkan pejabatnya di Downing Street, Tony akan kembali ke Westminster untuk memberikan bukti bahawa dia meluluskan usul peperangan untuk menumbangkan Saddam Hussein. Keterangan Tony bagaimana dia berpakat dengan Bush terhadap pencerobohan Iraq walaupun mendapat tentangan hebat mungkin akan ditonton seluruh dunia.
Dalam keterangan selama 6 jam, dia akan ditanya jika dia merujuk kepada Peguam Negara Lord Goldsmith samada tindakan usul peperangan sah ataupun jika dia memutarbelitkan laporan pengintipan tentang simpanan senjata pemusnah berkuasa tinggi wujud di Iraq.
Wujud perbezaan pendapat bahawa proses untuk menumbangkan Saddam Hussein berbaloi dengan puluhan ribu nyawa terkorban dan wang dibazirkan.
Alastair Campbell, bekas pengarah perhubungan Perdana Menteri berkata, Tony pernah menghantar satu pesanan rahsia kepada Bush pada tahun 2002 yang meyakin Bush bahawa Britain akan 'berada di situ' jika Amerika akan memulakan tindakan ketenteraannya. Bekas duta Britain ke Washinton pula berkata, satu perjanjian yang ditandatangani dengan 'darah' telah berlaku di ladang George W Bush di Crawford, Texas pada April 2002.
Lord Goldsmith telah memberi amaran kepada Tony bahawa tindakan Britain menyertai Perang Iraq adalah haram jika tidak mendapat kelulusan Resolusi Majlis Bangsa-Bangsa Bersatu. Akhirnya Lord Goldsmith juga meluluskan juga lampu hijau pada 27 February, satu bulan sebelum serangan bermula. Tetapi Penasihat Undang-undang di Kementerian Luar, Sir Michael Wood telah memberi amaran bahawa Sekretari Luar, Jack Straw bahawa tindakan ketenteraan tanpa resolusi PBB adalah jenayah peperangan.