Susah hidup di Malaysia kerana semua nak kena bayar. Kalau sakit dan terpaksa naik ambulan ke hospital, kena bayar. RM300 pulak tu. Kalau masuk ke private hospital, nak kena tunjuk RM10000 dalam tangan. Ni ke kemajuan Malaysia?
Nak ke Alor Star dari KL kena tol. Kalau sesiapa yang ada kereta memang banyak duit habis atas jalan walaupun pandu kereta sekecil Viva sekalipun. Parking kat KL memang sah-sah lesap RM8. Nak dapatkan lesen lesap RM800 (tak tau le sekarang berapa). Road tax RM200, insuran lagi. Kalau polis saman, lesap lagi...kalau JPJ sama lagila banyak lesap.