Kepada pengikut Abuya dan sesiapa sahaja yang ingin menghidupkan kembali Al-Arqam, silalah bertaubat dan kembali ke pangkal jalan. Abuya takkan kembali semula ke bumi dan yang mati tetap akan mati.
Penubuhan Al-Arqam dalam pembinaan perniagaan mereka sangat dikagumi sehinggakan sub-ordinat UMNO pun tidak mampu bersaing. Lihat saja jenama Arqam yang pernah menjadi buah mulut masyarakat dan serpihan legasi Global Ikhwan Sdn Bhd yang mempunyai struktur perniagaan yang mantap. UMNO dengan contohnya KUB terumbang-ambing dan kini kembali bergerak daya saing dibawah eksekutif korporat yang baru. Kalau dahulu kita lihat sahaja A&W di bawah KUB. Pelanggan A&W beratur panjang walaupun makanan mahal dan tak sehebat mana tetapi seringkali mendapat kerugian dalam pulangan perniagaan. Inilah jadi kalau UMNO buat bisnes. Monkey bisnes.
Arqam ada baik dan ada buruknya. Taksub kepada ketua hinggakan melebihi nabi. Dalam masyarakat Islam Malaysia hendak maju, ada pula baik dan buruknya. Susah nak baik semuanya. Sekarang pun ramai yang taksub dengan Nik Aziz. Ramai mengaku Nik Aziz idola mereka. Orang lain beri ceramah taknak dengar, nak Nik Aziz je. Nik Aziz cakap benda buruk semua tu baik-baik belaka kerana Nik Aziz alim walaupun negeri tak maju. Inilah penyakit umat Islam Malaysia sekarang. Taksub dengan ketua.