Jenain Subi, 48, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan, menyebabkan kematian Aminulrasyid kira-kira jam 1.10 pagi pada 26 April lalu, dan minta dibicarakan.
Sememangnya seorang polis yang berdedikasi menjaga keamanan negara sangat senang dipersalahkan apabila perkara sebegini berlaku. Aminulrasyid Amzah yang melanggar sekatan polis dan ditembak sehingga mati juga melakukan kesalahan seperti memandu kenderaan tanpa lesen, penyebab kemalangan dan ingkar arahan polis untuk berhenti.
Hanya perompak atau penyangak atau penyamun atau pembunuh atau pengganas yang tidak mahu behenti di sekatan polis apabila diarahkan. Koperal Jenain tidak tahu jika didalam kereta tersebut ialah seorang budak yang berumur 15 tahun yang tak tahu apa-apa. Dia bukannya malaikat. Perbuatan orang yang memandu secara membabi-buta memang membahayakan orang-ramai malah boleh menyebabkan kehilangan nyawa. Perbuatan memandu secara melulu sepatutnya dineutralkan oleh polis supaya tidak membahayakan orang. Ini kerana perbuatan tersebut berlaku di depan mata polis-polis.
Sekarang loyar-loyar lebih berkuasa daripada polis yang berpistol. Orang tak bersalah jadi bersalah dan sebaliknya. Mahkamah yang tentukan segalanya.