Sunday, January 31, 2010

Kes bakar surau di Muar - siapa orangnya?

Beberapa orang telah ditahan reman selapas disyaki membakar dua buah surau di Muar. Namun tidak pula polis mengeluarkan kenyataan tentang siapa yang membakar surau-surau tersebut. Apabila orang Melayu yang membakar gereja, cepat-cepat pula media mencetak nama-nama, pekerjaan dan umur masing-masing. Begitu juga kes seorang pelajar yang mempamerkan status Facebook yang hanya bergurau tentang upah membakar gereja. Sekejap sahaja pihak berita mencetak nama beliau di suratkhabar dan mengedarkan ke seluruh negara. Inilah nasib Melayu di Tanah Melayu. Kaum lain semakin besar kepala, kita pula yang banyak tolak-ansur.

Friday, January 29, 2010

Tony Blair - Penjenayah Perang

Sudah masanya Tony Blair akan menerima hukuman apabila dia akan disoalsiasat kelak berikutan membawa Britain ke medan peperangan ke Iraq semata-mata untuk menumbangkan Saddam. Tony Blair yang sememangnya memperoleh untung lumayan setiap kali membuat ucapan dengan harga sebanyak 10000 pound bagi satu minit dan tidak ketinggalan Malaysia juga memjemput dia untuk membuat ucapan. Agak sememangnya bodoh Malaysia sewaktu dibawah pemerintahan Pak Lah sanggup mennjemput Tony Blair untuk membuat ucapan di UM. Selepas meninggalkan pejabatnya di Downing Street, Tony akan kembali ke Westminster untuk memberikan bukti bahawa dia meluluskan usul peperangan untuk menumbangkan Saddam Hussein. Keterangan Tony bagaimana dia berpakat dengan Bush terhadap pencerobohan Iraq walaupun mendapat tentangan hebat mungkin akan ditonton seluruh dunia.

Dalam keterangan selama 6 jam, dia akan ditanya jika dia merujuk kepada Peguam Negara Lord Goldsmith samada tindakan usul peperangan sah ataupun jika dia memutarbelitkan laporan pengintipan tentang simpanan senjata pemusnah berkuasa tinggi wujud di Iraq.

Wujud perbezaan pendapat bahawa proses untuk menumbangkan Saddam Hussein berbaloi dengan puluhan ribu nyawa terkorban dan wang dibazirkan.

Alastair Campbell, bekas pengarah perhubungan Perdana Menteri berkata, Tony pernah menghantar satu pesanan rahsia kepada Bush pada tahun 2002 yang meyakin Bush bahawa Britain akan 'berada di situ' jika Amerika akan memulakan tindakan ketenteraannya. Bekas duta Britain ke Washinton pula berkata, satu perjanjian yang ditandatangani dengan 'darah' telah berlaku di ladang George W Bush di Crawford, Texas pada April 2002.

Lord Goldsmith telah memberi amaran kepada Tony bahawa tindakan Britain menyertai Perang Iraq adalah haram jika tidak mendapat kelulusan Resolusi Majlis Bangsa-Bangsa Bersatu. Akhirnya Lord Goldsmith juga meluluskan juga lampu hijau pada 27 February, satu bulan sebelum serangan bermula. Tetapi Penasihat Undang-undang di Kementerian Luar, Sir Michael Wood telah memberi amaran bahawa Sekretari Luar, Jack Straw bahawa tindakan ketenteraan tanpa resolusi PBB adalah jenayah peperangan.

Thursday, January 21, 2010

Semua nak kena bayar

Susah hidup di Malaysia kerana semua nak kena bayar. Kalau sakit dan terpaksa naik ambulan ke hospital, kena bayar. RM300 pulak tu. Kalau masuk ke private hospital, nak kena tunjuk RM10000 dalam tangan. Ni ke kemajuan Malaysia?
Nak ke Alor Star dari KL kena tol. Kalau sesiapa yang ada kereta memang banyak duit habis atas jalan walaupun pandu kereta sekecil Viva sekalipun. Parking kat KL memang sah-sah lesap RM8. Nak dapatkan lesen lesap RM800 (tak tau le sekarang berapa). Road tax RM200, insuran lagi. Kalau polis saman, lesap lagi...kalau JPJ sama lagila banyak lesap.

Saturday, January 16, 2010

Mohamad Tasyrif

Sedang kalimah Allah sedang dipersendakan, umat Islam pula yang ditindaskan dibawah undang-undang kafif. Isu kalimah Allah dibawa turun-naik ke mahkamah kafir oleh peguam kafir, tetapi tidak pula didakwa kerana mempersendakan agama Islam, seorang pelar umat Islam pula didakwa kerana mengancam untuk membakar gereja di dalam Facebook walaupun bergurau. Mohamad Tasyrif Tajudin berumur 25 tahun hanya mengeluarkan kenyataan sebegitu rupa tetapi didakwa Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Bagaimana pula bagi mereka yang berani membawa isu kalimah Allah ke mahkawah? Tidakkah itu satu penghinaan besar? Apa nak jadi Malaysia ni?

Saturday, January 9, 2010

Bom! Apa nak jadi Malaysia ni?

Apahal main baling-balik bom ni? Nak tangkap ikan pakai la pancing ke, jala ke, speedboat ke. Ni main baling-baling bom plak. Matile kehidupan dalam air tu termasuk ikan-ikan yang kita tak lalu nak makan!